Lambakan jus-jus kesihatan yang dijual di pasaran yang tidak dapat dibuktikan tahap keberkesanan produk tersebut ternyata menimbulkan keraguan. Apatah lagi ianya melibatkan kesihatan tubuh badan.
Doktor ini berkongsi beberapa kisah berdasarkan pengalaman dirinya merawat pesakit yang ‘terpedaya’ dengan iklan jus kesihatan sehingga memilih untuk tidak mendapatkan rawatan dari pihak doktor.
"Seorang ustaz 50 tahun datang klinik untuk temujanji darah tinggi dan kencing manis. Disorong atas kerusi roda. Muda lagi. Saya tanya kenapa ni ustaz, kena stroke ke? Ustaz angguk dan senyum"
"Saya tanya kenapa sampai boleh kena stroke? Darah tinggi tak terkawal ke ustaz? Kata dia dulu dia takmau percaya dengan perubatan moden, ubat yang doktor bagi dia tak makan dan dia telan Jus Al-XXXX hari hari sampai gula naik mencanak, tekanan darah naik mendadak."
"Sekarang dia menyesal dan sedih sebab dah banyak lupa banyak surah surah yang dia dah hafal."
#Kisah 2
"Seorang polis umur 55 tahun, datang untuk pemeriksaan kencing manis dan darah tinggi juga. Alhamdulillah bacaan gula dan tekanan darah semua dah elok dan terkawal cuma bacaan creatinine sedikit tinggi"
"Maksudnya buah pinggang ada rosak sedikit. Kata dia, dia ada amalkan minum supplemen YYYY dulu. Kata dia masa dia amalkan minum jus kononnya berkhasiat tu dulu, bacaan gula memang akan naik banyak"
"Jadi, dia berhenti selepas dinasihatkan oleh doktor. Selepas berhenti dan patuh dengan ubat yang dibekalkan, bacaan kembali normal cuma buah pinggang yang dah rosak sukar dipulihkan. Nasib tak sampai ke tahap perlu cuci buah pinggang."
#Kisah 3
"Kisah seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya, “Kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya!”
"Saya tanya encik ada jalani hemodialisis (cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis"
Ini baru 3 contoh yang paling saya ingat.
Tapi ada terlalu banyak kes yang sama kat klinik. Anda boleh bertanya kepada doktor dan pakar di bahagian nefrologi atau buah pinggang, terdapat banyak kes, penyebab kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh jus jus merapu atau supplemen merapik yang entah apa isi kandungan di dalamnya.
Boleh untuk kita jual supplemen tapi janganlah sampai perlu menipu masyarakat hanya untuk kita kaya dan hidup mewah.
Kasihan orang orang kampung, makcik pakcik tua yang mudah percaya, anak muda yang gila nak putih dan lawa. Mereka hanya percaya bulat bulat dengan iklan dan testimoni.
Janganlah kata dengan hanya minumlah jus ini, tak perlu makan ubat doktor, doktor semua agen yahudi, saya guna ayat al quran semasa proses pembikinan jus ini, yada yada yada. Jangan.
Kasihan masyarakat.
Lagi lagi ada juga radio dan tv yang masih membenarkan penjual produk ni menghasut masyarakat. Sedih.
Entah entah yang menjual produk tersebut pun tak menggunakan produk mereka sendiri.
Entah macam mana proses pembuatan semua jus tersebut. Terdapat supplemen dan ubat dan krim cantik ni di ambil dari negara asing dan menggunakan steroid atau bahan terlarang, kemudian diletakkan didalam bekas hanya di beli kilang biasa sahaja. Sebab tu rasa jus jus ni sama saja.
Cuba anda pergi rasa. Manis sahaja. Krim pun wangi sahaja sebab ditambah pewangi untuk hilangkan bau merkuri yang kuat.
Konon ada juga kopi untuk lawa lalu jadilah kopi kolagen. Hurm kolagen kalau dicampur dengan kaffein memang musnahlah kolagen tersebut. Macam macam helah penjual.
Ada yang membayar artis dan ustaz untuk menjadi duta. Lagilah masyarakat mudah terpedaya.
Teringin saya nak tanya, apalah mechanism of action semua ubat ubat/jus/ krim ni ya? Kalau boleh terangkan, saya sanggup duduk semeja seharian untuk dengar.
Sebab bila ditanya, testimoni mesti cakap kawan jiran saya, sepupu belah adik saya, entah siapa siapalah. Eh ingatkan diri sendiri yang cuba.
Berniaga dengan ikhlas. Setiap satu tindakan kita dicatat. Nasihat yang kita beri, kalau salah tapi orang ikut dan sebar sebarkan, kita yang tanggung dosa sebab kita yang mulakan.
Awak menjual, awak dapat duit, pembeli merana dan perlu menanggung akibat sampai ke sudah. Fikir dahulu sebelum berkata dan menjual. Fikir akan masa depan pembeli.
Ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Jangan jual agama dan bertanyalah pada yang pakar.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Program Online Cabaran Stailoo
Kalau anda tak tahu macam mana nak turunkan berat badan tanpa produk kurus, tanpa diet melampau dan tanpa senaman berat, meh sertai program kurus dan sihat CABARAN STAILOO.
Anda akan belajar CARA untuk makan yang betul.
Anda akan belajar APA perlu makan untuk kurus, sihat dan cantik.
Anda akan belajar APA perlu makan untuk kurus, sihat dan cantik.
Anda akan belajar untuk JAGA kualiti tidur, tenaga badan dan stress level.
Cabaran Stailoo adalah program kurus dan sihat secara online (jadi anda tak perlu pergi kemana-mana).
Anda akan dapat panduan kurus dan sihat melalui email.
Satu per satu.
Langkah demi langkah.
Banyak yang anda akan belajar di dalam program CABARAN STAILOO nanti.
Program CABARAN STAILOO ni dah bantu ramai peserta berjaya kurus dan sihat dengan cara yang betul.
Kami juga ada Whatsapp Support Group (maksimum hanya 100 orang ahli setiap group).

Tujuan support group: untuk bantu anda kurus dan sihat dengan cara yang betul.
Dalam group wasap ni ada seorang coach dan seorang assistant coach yang akan bantu guide anda.
Coach - bekas peserta cabaran stailoo yang dah BERJAYA kurus dan KEKAL kurus serta sihat.
Assistant coach - peserta cabaran stailoo yang hampir berjaya kurus (turun 20kg) dan kini lebih sihat.
Ni antara kisah kejayaan peserta program CABARAN STAILOO.
Jadi meh join program kurus dan sihat CABARAN STAILOO ini.
Comments
Post a Comment