Skip to main content

4 Suplemen Kuruskan Badan Yang Berkesan Dan Selamat Untuk Digunakan


Ok, untuk artikel kali ini saya akan share jenis-jenis suplemen yang tubuh anda perlukan dan selamat untuk digunakan. Enjoy!

Untuk kurus anda perlu makan:
  • Rendah karbohidrat (kurangkan nasi/roti dan lebihkan sayur)
  • Tinggi protein
  • Tinggi lemak tepu
Lihat gambar di bawah untuk ketahui jumlah karbohidrat, protein, dan lemak tepu anda perlu ambil SETIAP KALI anda makan.
Sekiranya anda dapat konsisten bekalkan badan anda dengan kesemua nutrisi ini SETIAP KALI anda makan, barulah anda akan berjaya kurus dengan sihat. Tapi mampu ke?
Kalau tak mampu anda perlu pertimbangkan untuk ambil suplemen untuk tampung kekurangan nutrisi tersebut. Kajian menunjukkan 45% populasi masyarakat tidak mendapat khasiat yang secukupnya dan menjadi punca tidak berjaya kuruskan badan!
Di sini saya senaraikan 4 suplemen kuruskan badan yang berkesan dan selamat untuk digunakan.

#1 Fish Oil

Kandungan: omega-3 fatty acid (lemak tepu)
Kebaikan:
Dos: 1g untuk setiap peratusan body fat, diambil setiap hari

Langkah pertama bersuplemen untuk kuruskan badan ialah dengan mengambil fish oil. Fish oil akan menjadikan mood/fikiran anda lebih baik kerana fish oil mengandungieicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) yang berkait rapat dengan fungsi otak.
Apabila mood anda dalam keadaan baik (minda/psikologi anda juga dalam keadaan baik) anda akan sentiasa berada dalam keadaan POSITIF untuk kuruskan badan.
Sebab tu la kami menyarankan peserta2 Cabaran Stailoo (program intensif kuruskan badan) untuk ambil suplemen fish oil pada peringkat permulaan.
Mereka akan ambil 1g fish oil untuk setiap peratusan body fat. Contoh, anda mempunyai 10% body fat, jadi anda perlu ambil 10g fish oil setiap hari selama 2 minggu. Atau sekiranya anda mempunyai 20% body fat, anda perlu ambil 20g fish oil.
Fish oil yang berkualiti: Genuine Health O3mega



#2 Multivitamin

Kandungan: Vitamin dan mineral
Kebaikan:
Dos: 1 tablet satu hari

Setelah anda berjaya menambahbaik mood/fikiran anda, sekarang anda perlumemperbaiki kekurangan nutrisi dalam badan anda kerana kebanyakkan kita sangat kurang nutrisi penting seperti vitamin dan mineral.
Apabila anda kurang nutrisi ini, badan anda tidak dapat berfungsi secara optimum dan akan menyebabkan metabolisma badan anda menurun dan melambatkan proses pembakaran lemak badan.
Jadi anda perlu gunakan suplemen kuruskan badan multivitamin untuk tingkatkan kembali metabolisma tersebut supaya lemak dapat dibakar dengan lebih efektif.
Satu kajian ke atas 96 wanita obes (BMI>28) telah dijalankan untuk mengkaji kesan suplemen multivitamin terhadap metabolisma badan.
96 wanita obes ini diarahkan untuk kekalkan diet/aktiviti mereka yang sedia ada dan hanya di tambah suplemen multivitamin.
Hasilnya..
– turun berat badan sebanyak 3.4 kg
– turun 1.4 BMI
– kurang 2.3 cm ukur lilit pinggang (bermakna lebih slim!)
– hilang 2.8 kg lemak

Woah.
Pengkaji yang menjalankan kajian ini menerangkan macam mana 96 wanita obes ini boleh mendapatkan hasil yang agak menarik walau hanya menambah suplemen multivitamindalam diet mereka.
“Subjek (96 wanita obes) menunjukkan peningkatan pada ‘resting energy expenditure’ sebanyak 53 kcal/hari apabila mengambil multivitamin 1 tablet sehari sekali”
Dalam kata lain, semakin tinggi ‘resting energy expenditure’ anda, semakin banyak kalori yang dibakar ketika anda sedang tidur/berehat!
Multivitamin yang berkualiti: Genuine Health Multi+



#3 Protein Powder

Kandungan: Whey/Casein/Soya (protein)
Kebaikan:
Dos: 1 atau 2 skop, diambil selepas senaman




Sekiranya anda mampu makan protein daripada ikan/daging/ayam/telur pada jumlah yang secukupnya, anda mungkin tidak lagi memerlukan suplemen protein.
Tapi jika anda kekurangan sumber protein ini, anda boleh gunakan protein powder untuk menampung kekurangan tersebut.
Protein sangat penting untuk anda kuruskan badan kerana diet yang tinggi dengan protein memberikan anda rasa lebih kenyang sepanjang hari, mengurangkan kalori secara automatik dan meningkatkan metabolisma badan.
Satu kajian dijalankan untuk mengkaji perbandingan antara jenis2 diet. Peserta yang mengambil banyak protein dalam diet mereka turun 14.1 kg berat selama 3 bulan berbanding peserta yang ambil kurang protein.
Anda disarankan untuk ambil 25-50 grams protein powder (1 atau 2 skop).. campurkan dengan air mineral serta sedikit ais, goncang dan minum. Untuk hasil terbaik ambil bancuhan protein powder selepas senaman.
Terbukti protein sangat penting untuk kuruskan badan jadi anda perlu pastikan anda makan baaaaanyak protein atau pertimbangkan untuk gunakan suplemen protein powder.
Protein powder yang berkualiti: Biotest





P.S. suplemen protein powder ni tidak menggemukkan sebaliknya memberikan anda diet yang mengenyangkan, mengurangkan kalori secara automatik dan mencegah naik berat badan!

#4 Greens

Kandungan: Sayur, buah, alga, herba
Kebaikan:
Dos: 1 hidangan pagi, 1 hidangan petang

Apa itu suplemen greens? Suplemen greens ialah campuran sayur, buah, alga, herba dll ke dalam satu produk yang dihasilkan dalam bentuk serbuk.
Suplemen greens digunakan untuk menampung diet yang kurang dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Anda disarankan untuk makan 8-10 hidangan sayur dan buah setiap hari tapi malangnya kebanyakkan kita hanya mampu makan 3 hidangan sahaja. Ugh.
Apabila anda hanya makan protein dan kanji (acid) tapi sangat kurang sayur dan buah (alkali), ini boleh menyebabkan ‘acid load’ dan aras pH badan anda tidak seimbang.
Ni antara kesan apabila diet anda tinggi asid dan sangat kurang alkali:
  • meningkatkan hormon stress
  • mengurangkan hormon thyroid
  • kehilangan jisim otot dan tulang
Hmm… not good.
Cara mudah untuk selesaikan masalah pH badan (asid-alkali) yang tidak seimbang ini, anda perlu makan 8-10 hidangan sayur dan buah setiap hari.
Tapi sekiranya anda tidak mampu dapatkan bekalan sayur dan buah yang secukupnya, anda boleh gunakan suplemen greens.
Satu kajian telah dijalankan ke atas 34 peserta lelaki dan wanita untuk mengkaji kesan suplemen greens pada tahap pH. Mereka diberi suplemen greens dan hasil menunjukkan aras pH mereka berubah daripada asid ke neutral/alkali seawal 7 hari.
Terbukti suplemen greens mengimbangi pH badan dan akan memastikan tubuh badan anda berfungsi secara optimum untuk menjadikan anda lebih baik, lebih sihat dan lebih kurus.
Suplemen greens yang berkualiti: Greens+




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Program Online Cabaran Stailoo

Kalau anda tak tahu macam mana nak turunkan berat badan tanpa produk kurus, tanpa diet melampau dan tanpa senaman berat, meh sertai program kurus dan sihat CABARAN STAILOO.
Anda akan belajar CARA untuk makan yang betul.
Anda akan belajar APA perlu makan untuk kurus, sihat dan cantik.
Anda akan belajar untuk JAGA kualiti tidur, tenaga badan dan stress level.
Cabaran Stailoo adalah program kurus dan sihat secara online (jadi anda tak perlu pergi kemana-mana).
Anda akan dapat panduan kurus dan sihat melalui email.
Satu per satu.
Langkah demi langkah.

Banyak yang anda akan belajar di dalam program CABARAN STAILOO nanti.

Program CABARAN STAILOO ni dah bantu ramai peserta berjaya kurus dan sihat dengan cara yang betul.
Cuba tengok berapa ramai yang wasap kami nak join CABARAN STAILOO (seramai 1860!)

Kami juga ada Whatsapp Support Group (maksimum hanya 100 orang ahli setiap group).
Tujuan support group: untuk bantu anda kurus dan sihat dengan cara yang betul.
Dalam group wasap ni ada seorang coach dan seorang assistant coach yang akan bantu guide anda.
Coach - bekas peserta cabaran stailoo yang dah BERJAYA kurus dan KEKAL kurus serta sihat.
Assistant coach - peserta cabaran stailoo yang hampir berjaya kurus (turun 20kg) dan kini lebih sihat.
Ni antara kisah kejayaan peserta program CABARAN STAILOO.

Jadi meh join program kurus dan sihat CABARAN STAILOO ini.

Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi: Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat badan Dari 78 KG ke 54 KG Tanpa Menggunakan Produk Kurus

12 Kata-kata Pembakar Semangat Untuk Anda Kuruskan Badan

6 Kebaikan Aloe Vera Gel Untuk Kuruskan Badan